Surat Jemputan Terbuka Sertai Misi Kemanusiaan Antarabangsa Flotilla2Arakan

SURAT JEMPUTAN TERBUKA UNTUK MENYERTAI MISI KEMANUSIAAN ANTARABANGSA FLOTILLA 2 ARAKAN BAGI MEMECAHKAN TEMBOK SEKATAN KE ATAS RAKHINE/ARAKAN DAN ETNIK ROHINGYA DI MYANMAR

 

Dengan segala sukacitanya dimaklumkan bahawa kami akan menjalankan misi kemanusiaan menggunakan kapal laut menuju ke Negeri Rakhine/Arakan di Myanmar. Misi ini bertujuan untuk memecahkan tembok sekatan Myanmar ke atas penduduknya di sana yang dinamakan sebagai Misi Kemanusiaan Antarabangsa Flotilla 2 Arakan.

 

  1. Untuk itu, pihak kami menjemput mana-mana badan bukan kerajaan, badan-badan kerajaan, badan korporat, para negarawan, pemimpin politik, pemimpin agama, para aktivis dan semua pihak yang peduli ke atas apa yang berlaku di Negeri Rakhine/Arakan, Myanmar dari seluruh dunia untuk bergabung dan menyertai Misi Kemanusiaan Antarabangsa Flotilla 2 Arakan ini.

 

  1. Sebuah sekretariat antarabangsa telah ditubuhkan di Malaysia untuk menguruskan misi ini dan badan gabungan di Indonesia serta Thailand pula sedang menubuhkan Sekretariat F2A di Negara masing-masing untuk menjayakannya. Kami sedang menyebarkan jemputan ke seluruh dunia bagi menarik lebih banyak penglibatan antarabangsa untuk menjayakan Misi Flotilla 2 Arakan ini.

 

  1. Bersama dengan surat jemputan ini, dilampirkan sekali (1) Memorandum Kerjasama Flotilla 2 Arakan dan (2) Borang Penyertaan untuk bacaan, makluman dan tindakan semua.

 

  1. Bagi melihat perkembangan berkenaan misi F2A ini, sila layari facebook kami di Flotilla2Arakan atau layari laman web kami (sedang dalam pembinaan) di www.flotilla2arakan.com. Sebarang maklumbalas berkenaan jemputan ini, sila email kami di flotilla.arakan@gmail.com atau whatsapp kami di +60193625658 atau +60124131809.

 

Terima kasih di atas perhatian dan tindakan anda semua.

 

Sila download lampiran di sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *